Walaupun sambutan kemerdekaan sudah berlalu beberapa hari lalu, namun erti kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar bebas daripada penjajahan tetapi turut meliputi kejahilan, kemiskinan dan keterpinggiran. Dalam konteks inilah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) harus dilihat sebagai simbol kemerdekaan paling agung dalam kebebasan untuk memperoleh pendidikan tinggi yang adil dan terbuka kepada anak bangsa. Pendidikan adalah antara simbol kemerdekaan paling bernilai. Jika sebelum merdeka, bangsa Melayu, Orang Asli serta anak negeri Sabah…