JOHOR BAHRU – Penjaga gol, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed menyifatkan komunikasi yang berkesan bersama barisan pertahanan membantu pasukan mengekang serangan Palestin apabila menang 1-0 pada perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini kelmarin. Menurut penjaga gawang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, pemain kekal berdisiplin sepanjang tempoh 90 minit hingga tidak memberi ruang kepada pasukan lawan untuk mencipta jaringan. Katanya, kesemua rakan sepasukan bermain bermati-matian dan…