PETALING JAYA: Ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Manshahar Abdul Jalil menegaskan prestasi jaguh 400 meter (m) negara, Umar Osman pada Kejohanan Olahraga Dunia 2025 di Tokyo wajar dilihat sebagai pendedahan berharga dan bukannya kegagalan. Tegas beliau, pelari berusia 22 tahun masih berada di fasa awal untuk bersaing di pentas tertinggi dengan lawan yang merekodkan catatan sekitar 43 hingga 45 saat (s). “Pada saya Umar sudah buat yang terbaik, 46.43 saat bukan…