PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar , akui hatinya masih terikat untuk bertarung semula dengan dua petarung Columbia, Johan Estupinan dan Diego Paez. Jojo, 18, yang menumbangkan petarung dari Maghribi, Zakaria El-Jamari ‘technical knockout’ (TKO) pusingan pertama ONE Fight Night 35 , masih mahu bertemu semula Estupinan dan Paez jika diberikan peluang. “Saya memang nak sangat rematch dengan Estupinan. Selain itu, saya juga terbuka untuk bertemu semula…