Jojo tumpas, petinju Vietnam banyak 'lari'

Jojo tumpas, petinju Vietnam banyak ‘lari’

JOJO tumpas dengan kiraan keputusan pengadil kepada jaguh muay thai dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar terpaksa akur tumpas menerusi keputusan pengadil dalam pertarungan tiga pusingan di ONE Championship, sebentar tadi.

Johan yang mewakili Rentap Muay Thai Gym kalah kepada juara WMF Muay Thai lima kali dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, dalam pertarungan yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

Duy Nhat yang berusia 35 tahun dan lebih berpengalaman banyak melepaskan sepakan ke arah kaki Johan dan mengelak pertempuran dekat dekat untuk ‘lari’ daripada tumbukan padu Johan.

Pada pusingan pertama, Johan yang lebih popular dengan gelaran Jojo melakukan asakan bertubi-tubi dan cuba melakukan pertarungan jarak dekat dengan Duy Nhat yang memilih menanti kedatangan lawan.

Bersambung pusingan kedua, Johan dilihat cuba bermain psikologi dengan Duy Nhat apabila mengajak petinju Vietnam itu untuk bertembur lebih agresif ekoran lebih kerap mengundur dan mengelak.

Pada pusingan terakhir, Jojo meningkatkan intensiti pertarungan dan hampir membuatkan Tran Duy bermasalah selepas terkena siku jaguh berusia 18 tahun hingga terjatuh.

Bagaimanapun, Tran Duy mempunyai kelebihan apabila tindakannya yang sering menggunakan sepakan tepat ke arah Jojo smembolehkan dia memenangi perlawanan itu menerusi keputusan pengadil.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan pertama Johan dalam pertarungan ONE Championship selepas cemerlang menang lima pertarungan sebelum ini.

Kali terakhir Johan bertarung adalah pada 8 Disember tahun lalu yang menyaksikan dia menumbangkan juara WBC dari Mexico, Edgar Tabares menerusi kemenangan ‘knockout’ (KO) dalam tempoh 36 saat di Bangkok.

Malah, Johan turut mempunyai rekod tersendiri dengan menumbangkan lawan dari Thailand, Padetsuk Fairtex menerusi kiraan ‘knockout’ (KO) di pertarungan ONE Friday Fights 6 pada Februari tahun lalu dalam tempoh 16 saat.

Pada Oktober tahun lalu, Johan mencipta sejarah apabila menjadi atlet tempur termuda memperoleh kontrak bernilai AS$100,000 (RM463,300) dengan ONE Championship.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN