PETALING JAYA: Hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan Harimau Malaya mengelirukan dan prosesnya mempunyai ‘kecacatan’. Presiden Kelab Bola Sepak Kelantan The Real Warriors (Kelantan-TRW), Tan Sri Annuar Musa menegaskan, Malaysia mempunyai peraturan pemberian kerakyatan yang ketat dan segala prosedur telah dipatuhi oleh pihak berwajib, termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti yang dijelaskan oleh menterinya baru-baru ini. Justeru, katanya., sebarang tuduhan mengenai…