Hari bertuah Van Dijk

Hari bertuah Van Dijk

Pemain pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk menanduk bola untuk jaringan gol ketiga pasukannya menentang Atletico Madrid dalam pusingan pertama Liga Juara-Juara di Anfield, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL: Kapten Liverpool, Virgil van Dijk mengakui semangat juang tinggi rakan sepasukan membolehkan The Reds mencatat kemenangan 3-2 ke atas Atletico Madrid pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stadium Anfield, semalam.

Jelas Van Dijk, dia bertuah kerana berjaya membantu pasukan menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

“Ia satu lagi malam Eropah yang hebat di sini (Anfield). Hari ini saya juga bertuah kerana dapat menjaringkan gol kemenangan,” kata Van Dijk.

Pada aksi itu, skuad tuan rumah bermula garang dengan dua gol pantas dalam enam minit pertama menerusi Andy Robertson seawal minit keempat apabila sepakan percuma Mohamed Salah terkenanya lalu menerjah gawang.

Salah kemudian menggandakan kelebihan hanya dua minit kemudian dengan larian solo menewaskan tiga pemain lawan selepas melakukan hantaran satu dua dengan Ryan Gravenberch sebelum melepaskan rembatan deras ke penjuru gawang.

Gol Atletico datang daripada Marcos Llorente pada masa kecederaan babak pertama dan di minit ke-81.

Aksi yang seakan berakhir dengan keputusan seri ditutup dengan tandukan Van Dijk hasil sepakan penjuru pada minit ke-92 bagi memastikan tiga mata buat skuad bimbingan Arne Slot.

The Reds turut menurunkan pemain termahal Britain, Alexander Isak berharga 125 juta pound (RM720 juta) namun dia gagal memberi impak besar ketika bermain selama 58 minit.

Dalam aksi tegang itu, menyaksikan pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone diarahkan keluar padang susulan insiden panas dengan penyokong Liverpool.

Simeone dilihat berang dengan seorang penyokong Liverpool di belakang kawasan teknikal sebelum pengadil Itali, Maurizio Mariani, mengarahkannya keluar padang.

Selepas perlawanan, Simeone mendakwa dirinya dihina sepanjang 90 minit. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×