MANCHESTER: Pep Guardiola memuji peningkatan prestasi Jeremy Doku selepas pemain sayap Belgium itu mempamerkan aksi menakjubkan membantu Manchester City membelasah Burnley 5-1, semalam. Doku yang sering dipalit dengan persembahan tidak konsisten sepanjang dua musim awal bersama City tetap mendapat kepercayaan Guardiola dan kini pemain berusia 23 tahun itu kini semakin menemui rentak. “Saya minta pemain sayap di kawasan akhir untuk cuba satu lawan satu atau satu lawan dua, dan saya…