Silva pilih jalan sendiri

Silva pilih jalan sendiri

Bernardo Silva (kiri). - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Bernardo Silva bakal meninggalkan Manchester City pada hujung musim ini selepas hampir sedekad mencipta pelbagai kejayaan di Etihad.

Perkembangan terbaharu itu disahkan penolong pengurus City, Pep Lijnders yang menyatakan pemain berusia 31 tahun itu akan meninggalkan kelab secara percuma selepas kontraknya tamat.

“Setiap kisah indah pasti ada penghujungnya. Dia layak mendapat perpisahan terbaik selepas hampir sedekat di Etihad dengan pelbagai koleksi kejayaan cemerlang,” kata Lijnders.

Silva yang menyertai City daripada AS Monaco pada 2017 muncul antara tonggak utama kejayaan kelab dengan membantu meraih enam gelaran EPL serta satu trofi Liga Juara-Juara.

Sepanjang tempoh bersama City, Silva membuat lebih 450 penampilan dan dikenali dengan versatiliti serta etika kerja tinggi dalam sistem kendalian Pep Guardiola.

Guardiola sebelum ini menyifatkan Silva sebagai pemain yang ‘tidak dapat diganti’, sekali gus menunjukkan betapa besarnya impak pemain Portugal itu kepada pasukan.

Walaupun bakal kehilangan tonggak penting, City masih memburu kejayaan domestik musim ini termasuk peluang melakar treble, selain cuba mengejar pendahulu liga, Arsenal.

Perpisahan Silva dijangka menjadi antara detik paling emosional buat penyokong City selepas hampir satu dekad menyumbang kepada era kegemilangan kelab.- AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN