ISKANDAR PUTERI: Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski menjangkakan pertembungan sengit menentang Palestin dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim di sini, malam ini. Cklamovski berkata, perlawanan itu merupakan ujian getir buat Harimau Malaya untuk menguji keampuhan taktikal yang diterapkan ketika berdepan pasukan yang agresif. Katanya, tidak dinafikan pasukan yang mendapat julukan Lions of Canaan dibarisi pemain yang berbakat namun percaya anak-anak buahnya mampu mempamerkan aksi…