Apa nasib skuad Harimau Malaya?

Apa nasib skuad Harimau Malaya?

BARISAN skuad Harimau Malaya menentang Laos dalam Kelayakan Piala Asia bergantung kepada keputusan FIFA berhubung rayuan FAM. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kehilangan tujuh pemain warisan gara-gara digantung Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) memberi kesan besar, namun Harimau Malaya tidak boleh meratapinya terlalu lama.

Pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober ini, kepakaran Peter Cklamovski menjadi tumpuan untuk menggunakan khidmat anak tempatan jika badan induk bola sepak dunia itu menolak rayuan yang difail Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Khidmat pemain tempatan adalah pilihan yang ada buat Cklamovski dalam aksi ber­kenaan di samping pemain warisan dan naturalisasi yang bebas sebarang tindakan daripada FIFA.

Dua aksi menentang Loas cukup penting buat Malaysia memastikan laluan cerah ke Pia­la Asia 2027, namun segala­nya tertakluk kepada kesan daripada hukuman FIFA terhadap FAM dan tujuh pemain warisan negara selepas ini.

Ketika ini, Malaysia mendahului Kumpulan F dengan enam mata selepas menang 2-0 ke atas Nepal dan menumbangkan Vietnam 4-0 pada 10 Jun lalu sehingga mengejutkan banyak pihak.

Apakah tindakan FIFA memberi kesan kepada dua kemenangan yang dilakar itu dan jika dipotong mata, maka Malaysia boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia 2027.

Berdasarkan rujukan kes-kes terdahulu, sukar untuk FIFA menarik balik hukuman me­lainkan diringankan.

Namun, jika FAM dipihak yang benar, tidak mustahil keputusan memihak Malaysia.

Atas kertas, Laos mungkin tidak sehebat Vietnam, namun fokus tetap perlu diberikan dengan sebaiknya oleh Harimau Malaya kerana tiket ke Arab Saudi tahun depan sema­kin hampir dalam genggaman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN