Verstappen kekal bersama Red Bull

Verstappen kekal bersama Red Bull

MAX VERSTAPPEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Juara dunia Formula Satu empat kali, Max Verstappen akhirnya menamatkan segala spekulasi mengenai masa depannya apabila mengesahkan beliau akan terus bersama pasukan Red Bull musim hadapan.

Pemandu sensasi Belanda itu berkata demikian menjelang perlumbaan Grand Prix Hungary, sekali gus menyapu bersih khabar angin yang mengaitkannya dengan perpindahan ke pasukan Mercedes musim depan.

“Saya rasa sudah tiba masanya untuk hentikan semua khabar angin ini. Bagi saya, ia memang sudah jelas sejak awal bahawa saya akan kekal,” katanya.

Menurut Verstappen, perbincangan berterusan antara beliau dan pasukan membuktikan komitmennya terhadap Red Bull, selain menafikan sebarang usaha untuk mencari pasukan baharu.

“Apabila seseorang tidak bercadang untuk terus bersama pasukan, mereka akan berhenti berbincang tentang kereta. Saya tidak pernah berhenti,” katanya.

Formula Satu dijangka mengalami perubahan besar musim depan apabila enjin baharu diperkenalkan.

Mercedes dilihat sebagai pencabar utama manakala Red Bull pula sedang membangunkan unit kuasa sendiri selepas berpisah dengan Honda.

Walaupun Verstappen mempunyai klausa pelepasan dalam kontraknya, ia tidak pernah diaktifkan.

Juara dunia berusia 27 tahun itu kini berada di pertengahan musim dengan dua kemenangan daripada 13 perlumbaan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN