KANGAR: Tiga rekod lama 100 meter (m) lebur dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra di sini, semalam. Atlet Kedah, Aiman Ikhwan Yahya berjaya memecahkan rekod MSSM apabila mencatatkan masa 10.40 saat (s) pada aksi akhir 100 meter lelaki bawah 18 tahun. Lebih manis, pelajar Sekolah Menengah Kebangsan (SMK) Tunku Anum itu memecahkan rekod lama 10.51s milik atlet muda kebangsaan, Danish Iftikhar Muhamamad…