PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC (SFC), Katsuhito Kinoshi menyeru anak buahnya bangkit mencipta kemenangan apabila berdepan Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini. Skuad Gergasi Merah dikejutkan dengan tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan FC (NSFC) di Paroi pada Ahad lalu, digesa melupakan aksi itu bagi memberi fokus bertemu skuad Penyu. Jelas Kinoshi, jadual Liga Malaysia (Liga M) yang padat termasuk mengharungi saingan Kejuaraan Kelab Asean…