PETALING JAYA: Barisan kepemimpinan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka berubah selepas wujud dakwaan akan mengalami rombakan mengejut dalam tempoh terdekat. Menurut sumber, berita tentang dakwaan perubahan pengurusan FAM itu diketahui oleh barisan kepemimpinan menerusi media sosial dan tidak dapat dipastikan kesahihannya. “Perkara ini timbul hari ini (semalam), sebab itu ada yang mengelak untuk berjumpa media. Perkara ini masih tidak dapat dipastikan kebenarannya. Jadi kena tunggu,” kata sumber itu kepada Utusan…