Di sebuah kampung kecil tidak jauh dari bandar, tinggal tiga saudara tua iaitu Pak Hassan, Mak Som dan Mak Yam. Rumah mereka uzur, berlantaikan tanah, diterangi lampu malap yang disambung dari tiang elektrik jiran. Pak Hassan, meskipun sudah lanjut usia, masih menjual kuih di pasar pagi demi menyara hidup bertiga. Mak Som menghidap kencing manis yang kronik, manakala Mak Yam sudah tidak mampu berjalan jauh dan hanya termenung di beranda.…