RANCANGAN Malaysia Ke-13 (RMK13) bertema ‘Melakar Semula Pembangunan’ untuk tempoh 2026-2030 menandakan permulaan era baharu dalam sejarah perancangan pembangunan negara. Tema ini mencerminkan kesedaran mendalam yang Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada model pembangunan lama berasaskan kos buruh rendah dan eksport komoditi. Sebaliknya, mesti bersiap sedia menyertai liga negara-negara maju yang menguasai teknologi canggih, khususnya kecerdasan buatan (AI) dan ekonomi digital. Aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara AI yang terangkum…










