SEBAGAI individu yang membesar di era 90-an, di waktu terluang, saya sering menonton video-video berkisar zaman berkenaan di Youtube ataupun Tiktok bagi mengimbau nostalgia. Menginjak usia 40-an, kenangan lalu sering menggamit memori, menghadirkan rasa yang indah untuk dikenang. Pada era 90-an, antara paling diingati sudah pastinya mengenai Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998 dan kenangan manis Malaysia menjuarai Piala Thomas pada 1992. Saya menonton semula video-video acara pembukaaan Sukan Komanwel dan…