“SETIAP keberanian itu dan segala kerelaan itu dilakukan bukan untuk kepentingan diri tetapi dilaksanakan untuk kepentingan mempertahankan negara bangsa. “Semangat kesetiaan kepada raja dan negara mesti dijunjung setiap masa, berteraskan Perlembagaan dan berpaksikan undang-undang.” – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Setiap orang yang mengaku diri sebagai warga negara Malaysia sudah tentu maklum dan arif tentang prinsip negara yang dipasakkan melalui Rukun Negara. Yang paling utama dalam lima prinsip ini…