NSFC ajar kami sesuatu yang berguna - Munoz

NSFC ajar kami sesuatu yang berguna – Munoz

Penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhammad Azri Ghani diasak penyerang JDT, Eddy Israfilov dan Joao Figueiredo dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, kelmarin. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz akui skuad Hobin Jang Hobin memberi pengajaran berguna buat JDT dalam pertembungan epik Liga Super yang menyaksikan Harimau Selatan terpaksa berhempas pulas untuk menang 5-3, kelmarin.

Munoz berkata, skuad kendalian Mohd. Nidzam Jamil itu membuka matanya setelah pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) berjaya merobek benteng pertahanan dan menjaringkan tiga gol dalam aksi di Stadium Sultan Ibrahim itu.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu juga akui kelemahan pasukan yang memberi ruang kepada pasukan lawan untuk menguasai di bahagian tengah malah berpeluang mencipta gerakan untuk menjaringkan dua gol dalam tempoh kurang 15 minit.

“Ini adalah perlawanan yang perlu jadi pengajaran buat JDT. Kita perlu sedar apabila bermain di laman sendiri, kita perlu lebih agresif seperti perlawanan pembukaan minggu lalu di mana kita menjaringkan gol seawal minit pertama.

“Bagaimanapun, saya ambil positif keputusan ini, walaupun ada kesilapan dilakukan kita berjaya mengatasinya dan bangkit semula dengan mempamer aksi lebih bertenaga dan memberi tekanan kepada lawan.

“Pergerakan transisi kepada menyerang itu perlu diperkemaskan, NSFC nampak kelemahan itu dan mereka guna kesempatan untuk melakukan serangan balas. Saya akui masih ada ruang untuk diperbaiki dan mereka mengajar kami sesuatu yang berguna hari ini,” katanya.

Dalam perlawanan malam tadi, JDT yang ketinggalan 0-2 terpaksa bermandi peluh untuk mempamer kebangkitan apabila menang 5-3. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN