HASRAT mengangkat versi bahasa Melayu sebagai naskhah berwibawa untuk Perlembagaan Persekutuan hendaklah disegerakan dalam waktu terdekat. Ini kerana bukan sahaja sudah amat terlambat tetapi sikap acuh tidak acuh kita yang tidak mengambil berat selama ini memberi banyak kesan buruk. Antaranya kepada maruah negara dan rakyat. Sehubungan maruah, yakni kehormatan, kemegahan dan harga diri negara dan rakyat, versi bahasa Melayu ini antaranya harus dilihat dalam konteks pembinaan negara (state building). Ia…