PETALING JAYA: Aksi berkarat penyerang warisan negara, Rodrigo Holgado bersama America de Cali di Liga Colombia sedikit menggusarkan kem Harimau Malaya menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa pada bulan depan. Penyerang berusia 30 tahun itu berdepan masalah prestasi selepas gagal meledak sebarang gol dalam aksi kompetitif sejak mewakili pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam, 10 Jun lepas. Berdasarkan statistik laman sukan antarabangsa, kali terakhir Holgado meledak gol…