LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola yakin skuad bimbingannya berada di landasan tepat untuk mencipta musim cemerlang dalam kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Pengendali dari Sepanyol itu tidak mudah goyah biarpun City dikejutkan dengan kekalahan 0-2 kepada Tottenham Hotspur di Etihad minggu lalu. City membuka tirai musim baharu dengan kemenangan ke atas Wolves, namun kekalahan kepada Spurs pantas mencetuskan persoalan mengenai kemampuan juara berganda Eropah itu merampas kembali…