Cklamovski akui Palestin lawan sukar

Cklamovski akui Palestin lawan sukar

Peter Cklamovski
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Palestin bakal menjadi lawan yang sukar buat Harimau Malaya apabila kedua-dua pasukan itu bakal bertemu dalam aksi persahabatan pada 8 September ini.

Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, Palestin yang dalam kelompok 100 terbaik dunia akan memberi cabaran besar kepada skuad kebangsaan bukan sahaja dari segi fizikal malah corak permainan mereka juga dijangka menguji kekuatan taktikal.

“Palestin adalah lawan yang sangat kompetitif. Mereka berada dalam kelompok 100 terbaik dunia dan perlawanan ini pasti menjadi satu ujian penting buat kita.

“Namun begitu, saya mahu pasukan memberi tumpuan terlebih dahulu kepada aksi menentang Singapura sebelum berdepan Palestin.

“Kedua-dua perlawanan ini menawarkan cabaran berbeza dan akan menjadi medan terbaik untuk menguji corak permainan kita,” katanya.

Cklamovski menegaskan fokus utama kem kebangsaan kali ini adalah memastikan skuad negara terus memperkukuh identiti permainan serta mengekalkan momentum positif selepas tiga aksi terdahulu termasuk kemenangan meyakinkan ke atas Vietnam.

“Kita mahu terus menampilkan aksi bertenaga, penuh semangat serta membanggakan rakyat Malaysia.

“Lawan yang kuat akan menjadikan pasukan lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran akan datang,” jelasnya.

Skuad Harimau Malaya bakal melapor diri di kem latihan pusat pada 1 September ini dengan 29 pemain dipanggil menyertai kem latihan pusat menjelang aksi menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September dan aksi menentang Palestin di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×