PETALING JAYA: Palestin bakal menjadi lawan yang sukar buat Harimau Malaya apabila kedua-dua pasukan itu bakal bertemu dalam aksi persahabatan pada 8 September ini. Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski berkata, Palestin yang dalam kelompok 100 terbaik dunia akan memberi cabaran besar kepada skuad kebangsaan bukan sahaja dari segi fizikal malah corak permainan mereka juga dijangka menguji kekuatan taktikal. “Palestin adalah lawan yang sangat kompetitif. Mereka berada dalam kelompok 100 terbaik…