PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Katsuhito Kinoshi memuji semangat juang anak buahnya ketika hampir mengejutkan juara bertahan, Buriram United dalam aksi sulung Kumpulan A Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC), kelmarin. Jelasnya, keputusan 1-1 tetap dianggap adil buat pasukannya meskipun gol penyamaan Buriram hadir pada minit ke-95 dengan menekankan masih banyak aspek yang perlu diperkemaskan terutama daripada segi intensiti latihan dan disiplin taktikal. “Saya gembira dengan apa ditunjukkan pemain pada babak pertama…