Singapura halangan utama skuad boling

Singapura halangan utama skuad boling

Muhammad Hafiz Zainuddin antara pemain yang membawa cabaran Malaysia di Kejohanan Boling Terbuka Hong Kong yang membuka tirai, semalam. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad boling negara dijangka berdepan saingan sengit daripada musuh ketat Singapura yang menghantar skuad utamanya ke Kejohanan Terbuka Hong Kong, semalam.

Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, Malaysia menghantar sebahagian besar skuad podium menyertai kejohanan tersebut.

“Hampir keseluruhan skuad podium negara turut serta dalam kejohanan kali ini.Pasukan utama Singapura juga berada di sini, jadi kami bakal berdepan cabaran sengit.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan persiapan pasukan dan percaya kita mampu mencatat keputusan yang membanggakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kata Maradona, prestasi semasa skuad boling negara dilihat semakin konsisten dan ini memberi petanda positif menjelang kejohanan kali ini.

Sementara itu, atlet boling negara, Muhammad Hafiz Zainuddin turut berkongsi keyakinannya untuk memburu podium dalam penyertaan keduanya di kejohanan tersebut.

“Sasaran saya adalah cuba meraih tempat di podium. Kalau dapat kejuaraan, itu adalah rezeki daripada Allah.

“Apa yang paling penting, saya akan berikan sepenuh usaha dan yang terbaik untuk negara,” katanya.

Kali terakhir beliau beraksi di Terbuka Hong Kong adalah pada tahun 2019, di mana beliau menamatkan saingan di kedudukan ke-15.

Kejohanan Terbuka Hong Kong yang bermula semalam hingga 6 Julai ini turut disertai jaguh-jaguh boling dari beberapa negara serantau termasuk Singapura dan pemain tuan rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN