PETALING JAYA: Skuad boling negara dijangka berdepan saingan sengit daripada musuh ketat Singapura yang menghantar skuad utamanya ke Kejohanan Terbuka Hong Kong, semalam. Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, Malaysia menghantar sebahagian besar skuad podium menyertai kejohanan tersebut. “Hampir keseluruhan skuad podium negara turut serta dalam kejohanan kali ini.Pasukan utama Singapura juga berada di sini, jadi kami bakal berdepan cabaran sengit. “Bagaimanapun, saya yakin dengan persiapan…