PERLEMBAGAAN Persekutuan dalam bahasa Melayu sebagai naskhah yang berwibawa bukan sahaja amat diperlukan, malah sangat penting. Keperluan dan kepentingan ini jelas dapat dilihat dari pelbagai sudut. Dari sudut perundangan, naskhah sebegini dapat menjamin ketetapan iaitu suatu keadaan yang tidak mudah berubah-ubah serta kejelasan, yakni suasana terang dan bebas daripada sebarang keraguan. Dengan ini, ia akan memastikan undang-undang tertinggi negara bukan sahaja dapat difahami dengan baik, juga diterapkan secara konsisten pada sepanjang masa. Pada masa ini, teks dalam bahasa Inggeris pada Perlembagaan Negara merupakan naskhah yang berwibawa. Dengan ini, ia bermakna…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya