LONDON: Pelumba Williams, Carlos Sainz mendedahkan Ferrari telah memberikannya jaminan dia akan mendapat kontrak baharu sebelum pasukan itu membuat keputusan mengejut menandatangani Lewis Hamilton sebagai penggantinya bagi musim Formula Satu (F1) 2025. Ferrari membuat kejutan dengan menandatangani juara dunia tujuh kali, Hamilton pada awal 2024 dan menggandingkannya dengan Charles Leclerc bermula musim ini. Keputusan itu mengorbankan tempat Sainz, yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan bersama Leclerc sejak menyertai Ferrari dari McLaren…










