LONDON: Pelumba McLaren, Oscar Piastri enggan ambil pusing spekulasi masa depan juara dunia empat kali, Max Verstappen bersama Mercedes yang dikatakan mampu menjejaskan fokus pesaing terdekatnya itu. Walaupun kini mendahului kejuaraan dengan kelebihan 69 mata ke atas Verstappen, Piastri tetap menjangkakan bintang Red Bull itu kekal sebagai ancaman. Piastri yang juga pendahulu kejuaraan dunia pemandu 2025 berkata, dia hanya fokus pada prestasi sendiri dan tidak terganggu dengan kekalutan luar trek.…