LONDON: Persaingan antara dua pemandu McLaren, Oscar Piastri dan Lando Norris dalam perebutan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini dijangka semakin memuncak. Kedua-dua pemandu itu kini berada di tangga teratas kedudukan keseluruhan dunia, mengatasi juara bertahan Max Verstappen, dengan McLaren terus mengamalkan dasar membenarkan mereka bersaing secara bebas. Penganalisis F1, Billy Monger berkata, mereka kini bersaing dalam perebutan kejuaraan dunia dan kemenangan perlumbaan amat penting dalam konteks tersebut, lebih-lebih…