PENEKANAN kerajaan untuk latihan teknikal dan vokasional (TVET) bagi meningkatkan produktiviti pekerja serta kebolehpasaran siswazah merupakan langkah yang betul. Lebih baik jika inisiatif ke arah itu dijalankan lebih awal. Pendekatan ini selaras dengan keperluan untuk penstrukturan semula industri dan pembangunan kemahiran seiring objektif rancangan industri jangka panjang. Ia juga sesuai dengan evolusi istilah tenaga kerja, daripada buruh kepada sumber manusia, kemudian modal insan,dan kini pengurusan bakat. Walaupun perkataan buruh sering…