MUKADDIMAH USAHA membina semula kegemilangan olahraga negara tidak boleh bergantung kepada perancangan jangka pendek semata-mata, sebaliknya pelaburan terhadap pembangunan akar umbi mesti dijadikan asas utama dalam mencipta kejayaan. Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Karim Ibrahim menegaskan bahawa fokus utama ketika ini adalah melahirkan generasi baharu atlet yang mampu bersaing di peringkat tertinggi, bermula dari peringkat sekolah hingga ke pentas antarabangsa. Bagi beliau, kejayaan sesebuah negara dalam arena sukan bergantung kepada…