Liverpool sanggup belanja RM711 juta beli Isak

Liverpool sanggup belanja RM711 juta beli Isak

NEWCASTLE United terasa kehilangan Alexander Isak (kanan).- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool bersedia memecahkan rekod perpindahan kelab apabila menyasarkan penyerang Newcastle United, Alexander Isak sebagai sasaran utama musim panas ini.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu sebelum ini telah mendapatkan Florian Wirtz dari Bayer Leverkusen dengan harga 116 juta pound (RM660 juta), serta menandatangani Jeremie Frimpong dan Milos Kerkez dalam skuad mereka.

Namun, jika perpindahan Isak menjadi kenyataan, ia dijangka mengatasi rekod pembelian sedia ada dengan nilai melebihi 125 juta pound (RM711 juta), menjadikannya yang tertinggi dalam sejarah bola sepak Britain.

Newcastle bagaimanapun tetap berkeras untuk tidak melepaskan Isak dan berhasrat menawarkan kontrak baharu dengan memberi gaji lebih tinggi daripada 120,000 pound (RM683,000) seminggu diterimanya musim lalu, walaupun rundingan masih belum mencapai kemajuan.

Isak kini berada di Austria bersama skuad Newcastle bagi menjalani kem latihan pramusim menjelang musim baharu EPL.

Sementara itu, Newcastle turut berusaha memperkukuh jentera serangan dengan cuba mendapatkan Hugo Ekitike dari Eintracht Frankfurt, namun bidaan mereka masih jauh daripada nilai yang diminta kelab Jerman itu.

Newcastle dikatakan telah mengemukakan tawaran 70 juta pound (RM398 juta) untuk Ekitike, tetapi Frankfurt menetapkan harga sekitar 86 juta pound (RM489 juta) untuk melepaskan penyerang muda Perancis tersebut.

Dalam masa sama, Liverpool turut menyasarkan beberapa penyerang lain sebagai alternatif jika gagal mendapatkan Isak, termasuk Ollie Watkins (Aston Villa) dan Yoane Wissa (Brentford).

Victor Osimhen dari Napoli juga berada dalam senarai sasaran Liverpool, terutama selepas wujud spekulasi perpindahan Darwin Nunez ke kelab Itali itu.

Nama Marcus Rashford turut disebut dalam perbincangan dalaman Liverpool, namun perpindahan tersebut dianggap tidak realistik berikutan prestasi semasa pemain Manchester United itu yang kurang memberangsangkan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN