LONDON: Juara Wimbledon, Jannik Sinner memberi amaran kepada Carlos Alcaraz yang dia akan menjadi lebih kuat selepas menewaskan seteru utamanya itu untuk merangkul gelaran Wimbledon buat kali pertama, semalam. Sinner membalas dendam atas kekalahan menyakitkan pada final Terbuka Perancis kepada Alcaraz, Jun lalu dengan persembahan bertenaga dan pukulan padu untuk menundukkan pemain Sepanyol itu. Kemenangan 4-6, 6-4, 6-4, 6-4 pemain Itali itu menamatkan penguasaan dua tahun Alcaraz sebagai juara Wimbledon…