PETALING JAYA: Bekas Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi menzahirkan kebimbangannya berhubung perjanjian pertukaran tanah bernilai RM103 juta yang melibatkan pemindahan ibu pejabat badan induk itu ke Bukit Jalil. Azim turut mempersoalkan rasional dan ketelusan perjanjian membabitkan MOM dan sebuah syarikat yang tidak melibatkan sebarang faedah tunai kepada badan induk sukan itu meskipun penilaian hartanah Wisma MOM di Jalan Hang Jebat bernilai RM132 juta.…