PETALING JAYA: Hasrat pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong untuk kembali menyerlah musim ini menerima tamparan hebat apabila disahkan mengalami kecederaan anterior cruciate ligamen (ACL). Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu akan menjalani pembedahan selepas keputusan imbasan MRI menunjukkan koyakan ACL yang dialaminya ketika aksi pusingan pertama Malaysia Masters 2025 menentang pemain Hong Kong, Angus Ng, bulan lalu. Pengarah kejurulatihan perseorangan negara, Kenneth Jonassen berkata Tze Yong berhadapan detiknya yang sukar, namun beliau optimis pemain kelahiran Muar, Johor itu sangat kuat dari segi mental menuju…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya