PETALING JAYA: Pengendali Vietnam, Kim Sang Sik mengakui pasukannya berdepan isu kecederaan tetapi tidak bermakna mereka mudah dikalahkan walau beraksi di tempat lawan pada Selasa ini. Skuad Naga Emas, optimis untuk meneruskan dominasi dan menumbangkan Malaysia pada aksi kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Memetik laporan vietnamnet, walaupun Vietnam hanya memiliki persiapan selama 10 hari dan kehilangan beberapa tonggak namun Sang Sik melihat pasukannya…