Hoki perlu lebih banyak pendedahan luar negara

Hoki perlu lebih banyak pendedahan luar negara

Skuad hoki kebangsaan perlu lebih banyak menimba pengalaman di luar negara untuk membiasakan mereka dengan corak permainan kelas tinggi. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad hoki kebangsaan memerlukan le­bih kerap pendedahan di pe­ringkat antarabangsa sekiranya mahu menjadi seperti dahulu antara gergasi Asia yang digeruni.

Namun, usaha itu hanya boleh dilakukan sekiranya pasukan yang diberi julukan Speedy Tigers itu diberikan dana tambahan untuk memboleh pemain-pemain menimba lebih banyak pengalaman beraksi di pentas antarabangsa bersama kelab dan negara bertaraf dunia.

Persembahan Malaysia yang agak suram semasa kempen Piala Negara-Negara 2025 yang berakhir minggu lalu di sini te­lah membuka mata ramai yang beranggapan keperluan untuk pemain-pemain muda ini diberikan lebih banyak peluang ke luar negara.

Pemerhati sukan tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli bagaimanapun berkata, siri jelajah Eropah tidak perlu dijadikan keutamaan sekiranya skuad hoki kebangsaan tidak benar-benar berada dalam keadaan bersedia.

“Pasukan hoki kebangsaan perlu menunjukkan peningkatan daripada segi pencapaian dalam kejohanan yang disertai. Mereka kena hasilkan keputusan yang cemerlang dahulu,” katanya.

Pekan turut berkata, kegagalan Speedy Tigers melayakkan diri ke separuh akhir Piala Negara-Negara baru-baru ini jelas menunjukkan skuad itu masih ketinggalan.

“Kita kena menunjukkan peningkatan dalam kejohanan disertai supaya setiap pelaburan yang dibuat itu berbaloi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN