Barcelona minat pinjam Rashford

Barcelona minat pinjam Rashford

Marcus Rashford memberi bayangan sedia berhijrah ke Nou Camp apabila menyatakan keinginannya untuk bermain bersama sensasi, Lamine Yamal. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Barcelona mahu mendapatkan khidmat penyerang Manchester United, Marcus Rashford secara pinjaman selepas pemain itu dilihat semakin tersisih di Old Trafford.

Bintang England itu memberi bayangan sedia berhijrah ke Nou Camp hujung minggu lalu apabila menyatakan keinginannya untuk bermain bersama sensasi remaja, Lamine Yamal.

Gergasi Sepanyol itu dikatakan berminat merealisasikan perpindahan itu walaupun mereka dijangka tidak membuat tawaran pembelian secara tetap dalam masa terdekat.

Barca ingin memberi tumpuan dalam usaha mendapatkan Nico Williams daripada Athletic Bilbao dan perpindahan itu dijangka menelan belanja sehingga 53 juta pound (RM305.8 juta).

Namun, jurulatih baharu Barca, Hansi Flick juga mensasarkan Rashford dan kelab itu dilaporkan mahu membawa masuk pemain itu secara pinjaman dengan pilihan pembelian kekal.

Kebolehan Rashford beraksi di bahagian sayap mahupun sebagai penyerang tengah sekali gus memberi sokongan kepada Robert Lewandowski menjadikannya pilihan.

United dikatakan lebih cenderung untuk menjual Rashford sekarang, tetapi mereka juga mahu mengurangkan beban gaji dengan mengeluarkan bayaran mingguannya yang mencecah 370,000 pound (RM2.1 juta).

Rashford, 27, bersama-sama Jadon Sancho dan Antony, adalah antara pemain utama yang disenaraikan untuk dijual dalam usaha United mengimbangi kewangan musim panas ini selain terbabit juga tidak sehaluan dengan Ruben Amorim. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN