Aksi menentang Cape Verde medan uji pemain  

Aksi menentang Cape Verde medan uji pemain  

Pemain Harimau Malaya, Faisal Halim diasak dua pemain Cape Verde dalam aksi persahabatan tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin. Malaysia tewas 3-0. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski tidak panik dengan kekalahan 0-3 kepada Cape Verde pada aksi tertutup di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin sebaliknya ia perancangan barisan kejurulatihan bagi menguji barisan pemain.

Menurut Malaysia NT, keputusan perlawanan bukanlah kepentingan utama dalam aksi persahabatan secara tertutup ini, sebaliknya memberi minit permainan kepada semua pemain mampu memberi manfaat kepada keseluruhan pasukan.

“Dengan beberapa pemain tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif selama hampir enam minggu, perlawanan latihan malam tadi (kelmarin) yang diadakan secara tertutup memainkan peranan penting.

“Ia memberikan minit permainan berharga kepada seluruh skuad untuk menumpukan kepada ketajaman perlawanan, kecergasan, dan meningkatkan intensiti fizikal.

“Perlawanan ini dimainkan dalam tiga babak iaitu setiap babak berdurasi 30 minit setiap satu bagi memastikan semua pemain mendapat peluang beraksi. Ini satu langkah penting dalam persiapan pasukan kebangsaan menjelang 10 Jun,” kata kenyataan itu.

Untuk rekod, pada aksi pertama perlawanan persahabatan Tier 1 menyaksikan skuad kebangsaan berjaya mencatat keputusan 1-1 berdepan pasukan di tangga ke-72 dunia itu di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur pada 29 Mei lalu.

Dalam pada itu, Cklamovski berpeluang menambat hati peminat bola sepak tempatan jika mampu menamatkan badi Malaysia menentang gergasi Asia Tenggara, Vietnam pada aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027, Selasa ini.

Kali terakhir skuad kebangsaan mencatat kemenangan ke atas skuad Naga Emas ketika dibawah kendalian Datuk Dollah Salleh pada aksi separuh akhir Piala AFF, Disember 2014, namun selepas itu Vietnam ‘kebal’ dan gagal dijinakkan skuad Harimau Malaya.

Tempoh sedekad itu pastinya menjadi impian Cklamovski dan peminat skuad Harimau Malaya untuk meleburkannya sekali gus memastikan peluang layak ke Piala Asia 2027 lebih cerah.

“Kami tidak berikan fokus kepada pemain (Vietnam) tertentu tetapi semua 11 pemain atas padang. Kita tidak pernah tewaskan Vietnam sejak lebih 10 tahun, jadi kami kena hormati Vietnam sebagai satu pasukan atau pun sebuah negara.

“Saya beri perhatian kepada kem pusat dan agak teruja untuk menyaksikan usaha dilakukan untuk jadi lebih baik. Kini kami kena berikan segala-galanya untuk merubah sejarah.

“Stadium Nasional Bukit Jalil adalah venue yang cukup istimewa dan saya tahu ini adalah gelanggang buat Harimau Malaya. Kami akan melangkah keluar untuk menghadirkan rasa bangga kepada peminat,” ujar pengendali kelahiran Australia itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN