Selepas tawan Asia boling padang intai Piala Dunia

Selepas tawan Asia boling padang intai Piala Dunia

Naufal Azmi (kiri) dan Idham Amin (tengah) meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara fours lelaki pada Kejohanan Boling Padang Asia 2025 di Clark, Filipina. kelmarin. - IHSAN MSN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas meratah Asia, skuad boling padang negara kini memasang impian lebih besar untuk menjulang Piala Dunia dan Sukan Komanwel 2026 dalam tempoh 12 bulan akan datang.

Keyakinan itu hadir selepas skuad kebangsaan mempertahankan gelaran juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Asia ke-16 & ke-14 Bawah 25 Tahun (B-25) 2025 yang berakhir semalam di Clark, Filipina.

Malaysia menggondol tujuh daripada 11 pingat emas yang dipertandingkan, termasuk acara berpasukan lelaki dan wanita serta dua kategori B-25.

Presiden Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM), Datuk Awalan Abdul Aziz mengakui, skuad negara kini berada pada tahap terbaik untuk menakluk pentas lebih besar.

Menurut Awalan, antara faktor kejayaan besar di Clark adalah latihan intensif yang dijalankan di padang rumput semula jadi TUDM Sendayan yang menyamai permukaan padang kejohanan.

“Tahniah atas kesungguhan dan kerja keras atlet, jurulatih dan pihak pengurusan. Saya sungguh berbangga dengan mereka.

“Saya berharap kita dapat mengekalkan momentum yang sama untuk kejohanan antarabangsa yang akan datang, terutamanya Piala Dunia pada November tahun ini dan Sukan Komanwel pada tahun hadapan,” kata Awalan.

Skuad negara akan kembali ke pusat latihan kebangsaan dengan semangat baharu untuk mencipta sejarah pada Piala Dunia yang akan berlangsung di Hong Kong pada 2 hingga 8 November ini serta Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland (23 Julai-2 Ogos). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN