PETALING JAYA: Kejayaan dua beregu badminton Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah menjuarai Terbuka Thailand di Bangkok, semalam memberi petanda positif untuk mereka meneruskan kecemerlangan itu pada Malaysia Masters yang bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok. Pada final semalam, gandingan No. 5 dunia, Aaron-Wooi Yik menumbangkan beregu muda Denmark, William Kryger Boe-Christian Faust Kjaer 20-22, 21-17, 21-12, manakala, Pearly-Thinaah membenam Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo dari…










