Mourinho kembali ke United? 

Mourinho kembali ke United? 

JOSE MOURINHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Nama Jose Mourinho kembali dicanang untuk menggantikan Ruben Amorim bagi mengemudi Manchester United selepas kelab itu berdepan prestasi buruk di peringkat domestik.

Amorim, 40, melalui tempoh yang sangat buruk sejak mengambil alih tugas daripada Erik Ten Hag November lalu sehingga menyebabkan segelintir penyokong sangsi dengan caranya menguruskan United.

Selepas kekalahan 0-2 kepada West Ham di Old Trafford, kelmarin yang juga kekalahan kesembilan di laman sendiri musim ini, sekali gus menyamai rekod terburuk kelab, Amorim membuat kenyataan mengejut.

Pengurus dari Portugal itu mengancam akan meletak jawatan sekiranya gagal membalikkan prestasi buruk pasukan yang kini berada di tangga ke-16 Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan hanya 39 mata dan dua perlawanan berbaki.

Sekiranya Amorim berundur, Mourinho kini berada di tangga teratas senarai pilihan pengganti di Old Trafford selain dua nama lain iaitu  pengendali Ipswich Town, Kieran McKenna dan bekas pengurus England, Gareth Southgate.

McKenna, berasal dari Ireland Utara, pernah menjadi jurulatih di bawah Mourinho dan Ole Gunnar Solskjaer di United, dan masih dihormati walaupun gagal menyelamatkan Ipswich daripada penyingkiran.

Southgate pula belum kembali mengurus mana-mana pasukan sejak meninggalkan skuad kebangsaan selepas perlawanan akhir Euro 2024.

Mourinho, 62, pernah membimbing United dari Mei 2016 hingga Disember 2018 dan berjaya memenangi Piala Liga dan Liga Europa pada 2017 Bersama The Red Devils sebelum hubungan dengan kelab menjadi tegang.

United tidak memenangi sebarang trofi selepas itu sehinggalah memenangi Piala Liga 2023 di bawah kendalian Ten Hag, manakala kejayaan terakhir Mourinho adalah memenangi Liga Konferens Eropah bersama AS Roma pada 2022. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN