LONDON: Pengurus Liverpool, Arne Slot terkejut dengan prestasi anak-anak buahnya selepas tumpas 1-3 kepada Chelsea, sekali gus merosakkan imej selaku juara Liga Perdana Inggeris (EPL). Pengurus kelahiran Belanda itu kecewa kerana The Reds gagal meneruskan rentetan kejayaan selepas memenangi kejuaraan minggu lalu dan bakal diraikan dengan penuh gemilang di Anfield. Bagaimanapun, Slot tetap memuji pasukannya kerana menguasai bola dan menjaringkan gol yang mengekalkan rekod mereka meledak dalam setiap perlawanan liga…










