MONACO: Kereta Formula Satu (F1) Ferrari F2001 yang pernah dipandu juara dunia tujuh kali, Michael Schumacher dilelong pada harga AS$18.17 juta (RM76.87 juta) dalam satu majlis lelongan di sini, semalam. Kereta itu digunakan Schumacher ketika memenangi Grand Prix Monaco dan Hungary pada musim 2001 sekali gus menjadikannya antara kereta paling ikonik pernah dikendalikan legenda Jerman berkenaan. Menurut rumah lelongan RM Sotheby’s, lelongan tersebut diadakan bersempena sesi kelayakan Grand Prix Monaco…