Kehadiran Hong Wang bukan sebagai pencabar - Nooa

Kehadiran Hong Wang bukan sebagai pencabar – Nooa

NOOA LAINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Penyertaan dalam kem latihan skuad Harimau Malaya bakal memberi saingan sihat kepada para pemain, sekali gus menjadi peluang terbaik bagi mereka meningkatkan prestasi.

Pemain tengah, Nooa Laine tidak melihat kehadiran  pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Shio Hong Wang sebagai pencabar, sebaliknya peluang memperbaiki kekurangan diri serta berharap terpilih dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan menghadapi pusingan ketiga Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, pada 10 Jun ini.

“Ini kali kedua saya dipanggil menyertai kem Harimau Malaya selepas Mac lalu ketika perlawanan menentang Nepal. Jadi, apabila dipanggil semula pastinya rasa teruja dan bangga.

“Namun kem kali ini sedikit berbeza apabila dibuat secara berfasa. Ini bermakna akan ada ramai pemain dipanggil. Tetapi saya tidak lihat ia menjejaskan peluang, sebaliknya mewujudkan saingan sihat dalam merebut tempat dalam skuad Harimau Malaya,” katanya.

Pemain warisan Malaysia-Finland itu mengakui setiap pemain mempunyai tanggungjawab yang telah diamanah jurulatih bagi mendapatkan tempat dalam skuad Harimau Malaya.

“Namun, semua pemain harus bekerjasama bagi memastikan matlamat utama dicapai, iaitu untuk merekodkan kemenangan bagi pasukan kebangsaan.

“Sebelum berdepan Vietnam, kami akan bertemu Cape Verde pada 29 Mei ini. Ia merupakan ujian buat kami kerana pasukan itu berada di ranking lebih baik daripada Malaysia. Pastinya akan ada saingan sengit nanti.

“Kami ambil serius aksi menentang pasukan Afrika itu yang pastinya akan beri cabaran tersendiri, namun ia pendedahan baik sebelum bertemu Vietnam nanti,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN