MILAN: Davide Frattesi membawa Inter Milan ke final Liga Juara-Juara selepas menyumbat gol penentu pada masa tambahan sekali gus memberi kemenangan 4-3 ke atas Barcelona dan melengkapkan agregat 7-6 hari ini. Pemain tengah Itali itu meledak gol pada minit ke-99, menggegarkan San Siro yang penuh sesak dengan sorakan kegembiraan. Pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu akan menentang sama ada Arsenal atau Paris Saint-Germain pada penghujung bulan ini di Munich, di mana…










