Hamilton salahkan taktik Ferrari  

Hamilton salahkan taktik Ferrari  

LEWIS HAMILTON- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Lewis Hamilton meluahkan rasa kecewa terhadap taktik pasukan Ferrari dalam perlumbaan Grand Prix Miami, semalam menjadi punca pasukan Scuderia sekali lagi bergelut untuk bersaing.

Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelapan manakala rakan sepasukannya, Charles Leclerc di tempat ketujuh, menjadikan Ferrari kekal dengan hanya satu kedudukan podium setakat musim ini semasa Leclerc menamatkan perlumbaan tempat ketiga di Jeddah.

Hamilton yang kelihatan bersemangat, melepaskan beberapa komen sinis melalui radio pasukan selepas meminta Leclerc membenarkannya memotong.

Pelumba Britain itu kelihatan lebih laju daripada Leclerc pada satu ketika dalam perlumbaan dan jelas merasakan dia mempunyai peluang lebih baik untuk mengejar Kimi Antonelli dari pasukan Mercedes.

“Saya cuma membakar tayar di belakangnya. Awak nak saya duduk saja di sini sepanjang perlumbaan,” soal Hamilton.

Apabila dia akhirnya dibenarkan memotong tiga pusingan kemudian, Hamilton berkata:  “Ini bukan kerja berpasukan yang baik, itu saja yang saya nak katakan. Di China saya beri laluan.”

Dia turut mengkritik masa yang diambil oleh pasukan untuk membuat keputusan.

Apabila juara dunia tujuh kali itu diberi kebenaran untuk memintas Leclerc, dia gagal untuk membuat kemajuan dan apabila keadaan berbalik, Leclerc pula kelihatan lebih laju di belakangnya sehinggalah pasukan membuat keputusan untuk menukar kedudukan semula.

Selepas perlumbaan, Hamilton berkata dia perlu menyuarakan isu-isu tersebut.

“Saya kehilangan banyak masa di belakang Charles dan pada masa itu saya fikir kita perlu buat keputusan yang tegas dan jangan buang masa. Saya pasti ada yang tidak suka perkara tertentu, tapi awak kena faham ia mengecewakan, orang lain cakap lebih teruk dari saya, ini lebih kepada sindiran saja.

“Saya tak rasa kecewa sekarang, tapi kami akan bincang secara dalaman dan kami akan terus berusaha,” katanya. – AFP/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN